Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab
Tuesday, 30 March 2010 4:59 PM
KUALA LUMPUR : PAS mahu kerajaan mengkaji kerugian RM546 Juta yang ditanggung Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini.
Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.
PAS memandang berat terhadap kenyataan Ahli Parlimen (MP) Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.
Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.
Menurut Idris Ahmad, Tindaan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi apabila sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.
"Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM 546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.
"Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd)," jelas Idris.
Beliau berkata, pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.
Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah apabila Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.
"Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta. RM107.19 juta daripadanya adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.
"Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?" tegas beliau dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.
Saya tidak terlibat - Nor Mohamed
PUTRAJAYA 7 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) hari ini menegaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh Pos Malaysia Bhd. sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian.
Beliau yang sedih dengan dakwaan yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap dirinya berkata, sebarang keputusan adalah diputuskan oleh lembaga pengarah, termasuk Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan.
''Di dalam syarikat milik kerajaan (GLC) ada lembaga pengarah dan keputusan dibuat oleh mereka, Khazanah (mempunyai wakil) lembaga pengarah dan dia buat keputusan.
''Saya tidak terlibat langsung. (Dakwaan) Tan Sri Adam Kadir telah dijawab oleh Khazanah. Dakwaan dia tidak benar,'' katanya kepada Utusan Malaysia sebagai menjawab dakwaan kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia berjumlah RM546 juta sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein, sebelum ini menafikan angka kerugian itu dan menjelaskan Pos Malaysia sebenarnya hanya kerugian RM227 juta disebabkan oleh pelaburan dalam Transmile.
KOMEN
Eh macamana ni, Tan Sri Adam Kadir kata RM546 juta manakala Datuk Dr. Awang Adek Hussein kata RM227 juta.Yang mana satu betul, tetapi biasanya siapa yang kata awal itu lah yang betul. Tetapi yang kedua itu tipu punya.
Biasalah tu. Itukan BN. kalau tak tipu tak sah, bukan BN. Kalau dah nama BN mesti tipu punya.
KALAU KITA TIDAK MAHU DITIPU DAN TERUS DITIPU,
MAKA KITA KENA HANCURKAN DAN HAPUSKAN BN dahulu,
KALAU KITA NAK HANCURKAN BN, kita kena hancurkan UMNO dahulu,
Itulah jalannya dan itulah cara-caranya yang hanya ada satu.
HANCURKAN UMNO, HAPUSKAN UMNO,
Barulah kita dapat hakita semua,
hak sebagai rakyat jelata,
yang selama ini sentiasa dijadikan mangsa
untuk pemimpin-pemimpin UMNO terus berkuasa
untuk pemimpin-pemimpin UMNO menjadi makin kaya, kaya dan semakin kaya!
Pakku bantah jual 33% saham kerajaan dalam Pos Malaysia
KUALA LUMPUR 7 Mei - Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (Pakku) menentang keras sebarang penjualan saham kerajaan dalam Pos Malaysia Berhad berjumlah 33 peratus kepada pihak lain berikutan kerugian yang dialami oleh syarikat milik kerajaan (GLC) itu.
Presiden Pakku, Tan Sri Adam Kadir berkata, rancangan untuk menjual saham itu tidak sepatutnya timbul kerana Pos Malaysia sebelum ini merupakan sebuah syarikat yang kukuh, tetapi disebabkan campur tangan Khazanah Nasional (Khazanah), GLC tersebut mengalami kerugian.
Sehubungan itu beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku itu.
''Pakku juga sedia menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggesa kerajaan mengkaji semula rancangan penjualan itu selain meminta beliau mengkaji semula kedudukan tertinggi pengurusan Khazanah.
''Untuk pengetahuan, selain rugi sebanyak RM546 juta kerana gagal menjual 40 juta saham Transmile akibat dihalang oleh Khazanah, Pos Malaysia turut dinafikan hak sebanyak RM800 juta apabila wang tersebut telah diambil oleh Khazanah untuk diagihkan kepada semua pemegang sahamnya,'' katanya pada sidang akhbar di Memorial Tun Hussein Onn di sini hari ini.
Adam sebelum ini menggesa Khazanah menjelaskan mengenai kerugian yang ditanggung oleh Pos Malaysia sebanyak RM546 juta. Ekoran daripada itu, pelbagai pihak telah mendesak satu penjelasan mengenainya dibuat antaranya Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pemuda UMNO. Adam berkata, Pos Malaysia ketika itu dalam proses inovasi terutama dalam meningkatkan taraf perkhidmatannya.
''Wang RM800 juta itu diambil daripada rezab tunai Pos Malaysia yang mana jumlah keseluruhannya pada masa itu ialah RM920 juta. Kedua-dua kejadian tersebut berlaku pada 2007,'' katanya.
Menurutnya, apabila dicampur antara kedua-duanya didapati jumlah kerugian yang dialami oleh GLC itu lebih RM1 bilion.
''Inilah punca terbesar Pos Malaysia rugi. Ia bukan disebabkan kerugian operasi sebaliknya ia berpunca daripada tindakan Khazanah,'' katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan Adam berkata, beliau sedia mendedahkan beberapa lagi siri penyelewengan di dalam GLC itu sekiranya Khazanah terus mempertikaikan pendedahan yang dibuatnya.
Menurutnya, perkara itu bukan satu masalah untuk dilakukan kerana beliau merupakan bekas Pengerusi Pos Malaysia.
''Saya dilantik sebagai pengerusi pada 2005 dan ditamatkan perkhidmatan pada 2008. Sebagai pengerusi bukan eksekutif saya tetap bertanggungjawab terhadap operasi syarikat. Saya kemudian mendapati tindakan saya memantau operasi Pos Malaysia Berhad tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu dan akhirnya saya telah diminta untuk berhenti,'' katanya.
Beliau berkata, walaupun pernah memegang jawatan Pengerusi Pos Malaysia, ia tidak bermakna tindakannya melakukan pendedahan itu atas dasar tidak puas hati sebaliknya ia semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat.
''Orang boleh bercakap macam-macam tetapi saya dan rakan-rakan dalam Pakku bukan bermaksud untuk menghentam kerajaan. Kita sekadar mahu memelihara kepentingan rakyat,'' katanya
Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan Jepun beberapa tahun lalu pernah jatuh apabila cuba menswastakan sepenuhnya perkhidmatan pos di negara itu.
''Amerika Syarikat (AS) juga tidak pernah menswastakan khidmat pos. Perkhidmatan pos di AS adalah di bawah kerajaan. Mengapa secara tiba-tiba Pos Malaysia mahu diswastakan sepenuhnya?'' katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada Pakku akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu itu, Adam berkata, Pakku belum bercadang untuk berbuat demikian.
''Kita lebih selesa melakukan tindakan atas landasan politik,'' katanya lagi.
No comments:
Post a Comment